Friday, April 29, 2011

Abaikan pengharapan tetapi JANJI perlu di KOTA kan!!!

Sudah kejauhan merenungi diri. Biasalah, banyak benda yang difikirkan. Kadang-kadang sering kali tewas pada tekanan. Mungkin, diri ini diajar dan dididik untuk hadapi sendiri.


Perasaan? Tidak boleh dielakkan. Manusiawi yang digambari dengan fenomena emosi.


Usah merajuk, melarikan diri. Kerana perlu untuk disedari, diri bukan sempurna untuk sesiapa.


Usah menangis, mendambakan harapan. Kerana perlu untuk disedari, diri ini terlalu jauh untuk dibandingkan dengan yang lain.


Abaikan pengharapan…tapi sudah berjanji pada kata-kata yang pernah terpateri.. Menunggu hingga lafaz terakhir yang akan menentukan segalanya. Layak atau tidak. Tapi, penantian akan kuteruskan, sepertimana kuatnya janji yang aku kotakan.

Thursday, April 28, 2011

::: Erti Di Sebalik KESETIAAN :::


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya...? Tidakkah ia sama dengan penipuan...?

Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati...


Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan...

"Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik..."

"Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik..."





P/s :: Pilihan adalah di tangan anda…

Wednesday, April 27, 2011

:::: RINDUKU PADAMU ::::

Kasihku
Cintamu amat kekal di hati
Dari dulu hinggalah kini kau tetap di hatiku
Meskipun kita ada jurang pemisah
Kau tetap ku rindu kerana cinta kita
Bukan kehendak dirimu ku tahu

Sayangku
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita
Masih belum dapat ku milikmu
Hanya pada illahi ku panjatkan doa
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayatku

Cintaku
Di lubuk hati ini ingin ku katakan padamu
Bahawa aku terlalu menyintaimu
Alangkah indahnya kalau kau di sisiku


Tapi itu adalah mimpiku
kerana kau
sudah temui jodohmu
Sedihku dan duka ku bisaku tanggung
Kerana ku ada DIA
Yang sentiasa bersamaku
Akan ku gagahi hidup ini tanpa mu

Kerana semuanya ada padamu
Kasih, SAYANG, CINTA yang ada hanyalah RINDU~

Tuesday, April 26, 2011

Keinsafan~

Sejenak kecundang
dalam cinta bersimpang
terasa diri begitu terasing
dimamah sepi berlarutan
bagai lelayang putus talinya


Masih ada beting duka
membelenggu hasrat
buat memujuk hati
berbicara tentang rindu
berbicara tentang cinta


Gara-gara kehadiran mu
mengutus salam pekenalan
aku gagahi untuk bangun
merangkak semula
menyambut penuh mesra


Ingin ku pujuk hati
ini yang begitu lama
menyusuri awan-awan kelabu
agar dapat kuwarnai semula
memintal warna pelangi


Di pintu malam
aku memohon restu
mendongak ke langit
melihat bintang yang berkerdipan
seolah-olah tersenyum
memberi aku sedikit ruang
untuk senyum mendakap sejalur keyakinan
menemukan sebutir sinar
yang akan bercahaya
buat selama-lamanya

InsyaAllah………….

Benarkah itu CINTA~~



Untuk menjawab persoalan ini memerlukan jiwa yang bersih dan iman yang benar bukan nafsu dan kejahilan.

Cuba kita hitung dengan kebenaran, berapa ramai yang tewas dalam pelukan cinta sedangkan semalamnya dia adalah lelaki atau wanita mulia. Cuba kita tanyakan iman kita berapa ramai yang mendirikan rumahtangga atas dasar 'cinta pertama' dan berapa ramai yang mampu mempertahankan mahligai cinta itu hingga keakhir hayat mereka.

Cuba kita buka mata hati kita dan kita lihat dunia cinta ini dengan ilmu, iman, kebenaran dan kesedaran.
Ya, benar cinta itu membahagiakan bukan memperdayakan. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tak lebih dari 'kosmetik' sahaja. kita perlukan cinta bukan 'kosmetik cinta'.

Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri. Jadi kalau ada orang yang sedang bercinta saya mohon 'teruskan percintaan anda'. Cinta itu tenang dan membahagiakan. Cinta itu menjadikan kita mulia dan tinggi.

Mulia dan tinggi disisi Ar Rahman dan Ar Rahim sumber dan simbol cinta hakiki. Kalau ada yang masih belum jatuh cinta. Ayuh, carilah cinta anda kerana ianya menghidupkan hati, membuka mata dan memimpin jiwa.

Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan cinta, mendokong dakwahnya berbekalkan cinta dan meninggalkan dunia ini dengan mewariskan cinta. Cinta baginda kepada Allah Ar Rahman sehingga seluruh kehidupan ini hanya untukNya.

Cinta itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina. Cinta lalu hadir bersama cahaya hingga hati-hati mereka kembali hidup dan segar, keimanan berputik dan membuahkan bunga-bunga cinta lalu bunga-bunga cinta itulah yang kita perlukan kini.

Untuk kita hidup dengan rasa persaudaraan, untuk kita bina rumahtangga di atas dasar iman dan untuk kita membangunkan masyarakat yang menghayati keimanan. Bunga-bunga cinta itulah yang telah menyelamatkan generasi pertama dari kebinasaan jiwa, menyelamatkan wanitanya dari diperdagangkan lalu menjadikan mereka isteri-isteri yang mulia dan ibu-ibu yang dicintai. Lalu lahirlah generasi yang mewarisi haruman bunga cinta itu.

Kalau anda sedang asyik dalam percintaan, teruskan itulah kenikmatan hidup tetapi tanyakan pada diri anda...benarkah itu cinta?

Doa Seorang Kekasih~~

Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...

Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

Friday, April 22, 2011

L....U...C....U~~

Lucu... bagaimana wang 1 ribu nampak BEGITU BESAR Ketika kita SUMBANGKAN KE MASJID
Dan BEGITU KECIL saat kita belanjakan di SUPERMARKET ... 

Lucu... betapa LAMA rasanya WAKTU SATU JAM BERIBADAH KEPADA ALLAH
Dan betapa SEBENTARNYA waktu 60 minit Untuk BERMAIN GOLF, MEMANCING atau BERMAIN BOLA 

Lucu... betapa BERATNYA MEMBACA SATU JUZ AL-QURAN Dan betapa MUDAHNYA membaca 200-300 halaman NOVEL TERKENAL 

Lucu... bagaimana kita MEMPERCAYAI APA KATA AKHBAR Namun MEMPERTANYAKAN apa kata Al-QURAN 

Lucu... bagaimana kita KEHILANGAN KATA-KATA SAAT BERDOA Dan betapa LANCARNYA ketika kita BERBORAK dengan teman 

Lucu...bagaimana kita PERLU WAKTU 2-3 minggu Untuk merencanakan suatu KEGIATAN ISLAMI Namun bisa merencanakan kegiatan lainnya dalam SEKEJAP DAN BEGITULAH...... 

HAL-HAL LUCU TAK SELAMANYA MENJADI HIBURAN BAGI JIWA KERANA ADA JUGA HAL- HAL LUCU YANG PERLU KITA RENUNGI BUKANKAH INI LUCU ...?