Friday, April 29, 2011

Abaikan pengharapan tetapi JANJI perlu di KOTA kan!!!

Sudah kejauhan merenungi diri. Biasalah, banyak benda yang difikirkan. Kadang-kadang sering kali tewas pada tekanan. Mungkin, diri ini diajar dan dididik untuk hadapi sendiri.


Perasaan? Tidak boleh dielakkan. Manusiawi yang digambari dengan fenomena emosi.


Usah merajuk, melarikan diri. Kerana perlu untuk disedari, diri bukan sempurna untuk sesiapa.


Usah menangis, mendambakan harapan. Kerana perlu untuk disedari, diri ini terlalu jauh untuk dibandingkan dengan yang lain.


Abaikan pengharapan…tapi sudah berjanji pada kata-kata yang pernah terpateri.. Menunggu hingga lafaz terakhir yang akan menentukan segalanya. Layak atau tidak. Tapi, penantian akan kuteruskan, sepertimana kuatnya janji yang aku kotakan.

Thursday, April 28, 2011

::: Erti Di Sebalik KESETIAAN :::


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya...? Tidakkah ia sama dengan penipuan...?

Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati...


Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan...

"Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik..."

"Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik..."





P/s :: Pilihan adalah di tangan anda…

Wednesday, April 27, 2011

:::: RINDUKU PADAMU ::::

Kasihku
Cintamu amat kekal di hati
Dari dulu hinggalah kini kau tetap di hatiku
Meskipun kita ada jurang pemisah
Kau tetap ku rindu kerana cinta kita
Bukan kehendak dirimu ku tahu

Sayangku
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita
Masih belum dapat ku milikmu
Hanya pada illahi ku panjatkan doa
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayatku

Cintaku
Di lubuk hati ini ingin ku katakan padamu
Bahawa aku terlalu menyintaimu
Alangkah indahnya kalau kau di sisiku


Tapi itu adalah mimpiku
kerana kau
sudah temui jodohmu
Sedihku dan duka ku bisaku tanggung
Kerana ku ada DIA
Yang sentiasa bersamaku
Akan ku gagahi hidup ini tanpa mu

Kerana semuanya ada padamu
Kasih, SAYANG, CINTA yang ada hanyalah RINDU~

Tuesday, April 26, 2011

Keinsafan~

Sejenak kecundang
dalam cinta bersimpang
terasa diri begitu terasing
dimamah sepi berlarutan
bagai lelayang putus talinya


Masih ada beting duka
membelenggu hasrat
buat memujuk hati
berbicara tentang rindu
berbicara tentang cinta


Gara-gara kehadiran mu
mengutus salam pekenalan
aku gagahi untuk bangun
merangkak semula
menyambut penuh mesra


Ingin ku pujuk hati
ini yang begitu lama
menyusuri awan-awan kelabu
agar dapat kuwarnai semula
memintal warna pelangi


Di pintu malam
aku memohon restu
mendongak ke langit
melihat bintang yang berkerdipan
seolah-olah tersenyum
memberi aku sedikit ruang
untuk senyum mendakap sejalur keyakinan
menemukan sebutir sinar
yang akan bercahaya
buat selama-lamanya

InsyaAllah………….

Benarkah itu CINTA~~



Untuk menjawab persoalan ini memerlukan jiwa yang bersih dan iman yang benar bukan nafsu dan kejahilan.

Cuba kita hitung dengan kebenaran, berapa ramai yang tewas dalam pelukan cinta sedangkan semalamnya dia adalah lelaki atau wanita mulia. Cuba kita tanyakan iman kita berapa ramai yang mendirikan rumahtangga atas dasar 'cinta pertama' dan berapa ramai yang mampu mempertahankan mahligai cinta itu hingga keakhir hayat mereka.

Cuba kita buka mata hati kita dan kita lihat dunia cinta ini dengan ilmu, iman, kebenaran dan kesedaran.
Ya, benar cinta itu membahagiakan bukan memperdayakan. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tak lebih dari 'kosmetik' sahaja. kita perlukan cinta bukan 'kosmetik cinta'.

Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri. Jadi kalau ada orang yang sedang bercinta saya mohon 'teruskan percintaan anda'. Cinta itu tenang dan membahagiakan. Cinta itu menjadikan kita mulia dan tinggi.

Mulia dan tinggi disisi Ar Rahman dan Ar Rahim sumber dan simbol cinta hakiki. Kalau ada yang masih belum jatuh cinta. Ayuh, carilah cinta anda kerana ianya menghidupkan hati, membuka mata dan memimpin jiwa.

Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan cinta, mendokong dakwahnya berbekalkan cinta dan meninggalkan dunia ini dengan mewariskan cinta. Cinta baginda kepada Allah Ar Rahman sehingga seluruh kehidupan ini hanya untukNya.

Cinta itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina. Cinta lalu hadir bersama cahaya hingga hati-hati mereka kembali hidup dan segar, keimanan berputik dan membuahkan bunga-bunga cinta lalu bunga-bunga cinta itulah yang kita perlukan kini.

Untuk kita hidup dengan rasa persaudaraan, untuk kita bina rumahtangga di atas dasar iman dan untuk kita membangunkan masyarakat yang menghayati keimanan. Bunga-bunga cinta itulah yang telah menyelamatkan generasi pertama dari kebinasaan jiwa, menyelamatkan wanitanya dari diperdagangkan lalu menjadikan mereka isteri-isteri yang mulia dan ibu-ibu yang dicintai. Lalu lahirlah generasi yang mewarisi haruman bunga cinta itu.

Kalau anda sedang asyik dalam percintaan, teruskan itulah kenikmatan hidup tetapi tanyakan pada diri anda...benarkah itu cinta?

Doa Seorang Kekasih~~

Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi... Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...

Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

Friday, April 22, 2011

L....U...C....U~~

Lucu... bagaimana wang 1 ribu nampak BEGITU BESAR Ketika kita SUMBANGKAN KE MASJID
Dan BEGITU KECIL saat kita belanjakan di SUPERMARKET ... 

Lucu... betapa LAMA rasanya WAKTU SATU JAM BERIBADAH KEPADA ALLAH
Dan betapa SEBENTARNYA waktu 60 minit Untuk BERMAIN GOLF, MEMANCING atau BERMAIN BOLA 

Lucu... betapa BERATNYA MEMBACA SATU JUZ AL-QURAN Dan betapa MUDAHNYA membaca 200-300 halaman NOVEL TERKENAL 

Lucu... bagaimana kita MEMPERCAYAI APA KATA AKHBAR Namun MEMPERTANYAKAN apa kata Al-QURAN 

Lucu... bagaimana kita KEHILANGAN KATA-KATA SAAT BERDOA Dan betapa LANCARNYA ketika kita BERBORAK dengan teman 

Lucu...bagaimana kita PERLU WAKTU 2-3 minggu Untuk merencanakan suatu KEGIATAN ISLAMI Namun bisa merencanakan kegiatan lainnya dalam SEKEJAP DAN BEGITULAH...... 

HAL-HAL LUCU TAK SELAMANYA MENJADI HIBURAN BAGI JIWA KERANA ADA JUGA HAL- HAL LUCU YANG PERLU KITA RENUNGI BUKANKAH INI LUCU ...?

Monday, April 18, 2011

Bentuk Cinta Kelas Pertama


Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat “Pak Ustaz” halau hantu dalam drama mistik dan tahyul.

Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar.

Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah. Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji.

Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!

Wallahua'lam. SeBab "Dia bukan cinta NO 1"

continue~~~



Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!


Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah. Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir… Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita.



Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu.

Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita.

Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia. Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri.

Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup! Sematkan di hati kata pujangga ini:“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”



FRUST DALAM BERCINTA

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta.

Terlupakah pesan bijak pandai: “Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.”
Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali. (Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya? Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita.

Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita. Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.” Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.

”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

Sahabat, Aku Lemah....

sahabat..

aku lemah,
benteng ku bina telah musnah,
ku mahu bangkit tapi payah.

sahabat...
aku lemah,
amat mudah digugat,
kuatkanlah aku wahai sahabat

sahabat...
aku lemah,
bertarung nafsu kadangkala rebah,
sedarkan lah aku dari taufan

sahabat...
aku lemah,
jatuh terhumban aku patah,
papahkanlah aku ke jalan ALLAH

sahabat...
aku lemah,
namun ku takut menjadi fitnah,
tegurlah aku biar berhemah

sahabat...
aku lemah,
namun ku takut azabnya ALLAH,
peringatlah aku jangan bersudah

ku tahu...
sifat inasan itu lemah,
sendirian ia dikelilingi fitnah,
selain iman pembenteng punah,
kekuatan hadir di balik ukhwah

sahabat..
aku lemah, 
kalian harapanku,
jangan biarkan aku terus hanyut

sabarlah dengan ku biarpun payah
tegurlah aku walaupun karenah

sebelum aku punah
sebelum aku menyesal tak sudah
sebelum aku di azab ALLAH

pimpinlah aku bersamamu
kembali pada ALLAH
moga moga pengakhirannya
khusnul khatimah

ku harap padamu........SAHABATKU......



Cemburu Dituntut Islam




Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri. Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya. 
Nabi SAW bersabda : من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 ) Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus.
Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

Friday, April 15, 2011

Kenapa Lelaki Di Katakan Suka Mencari Kesalahan Perempuan?

"Kau suka kutuk-kutuk perempuan, tapi nanti kau akan kahwin dengan perempuan jugak"

Soalan ini di tujukan kepada lelaki-lelaki yang berkaitan. Kenapa lelaki di katakan suka mencari kesalahan orang perempuan? 

Aku cuma nak tanya balik pada perempuan-perempuan yang bertanya sedemikian.

Kalian fikir kami semua saja-saja ke nak kutuk, sindir kalian?

Highlightkan perkataan ini. Saja-saja. Adakah kami sebagai lelaki saja-saja dengan perbuatan kami yang mendedahkan apa yang kami lihat tidak kena dalam tata norma masyarakat bertamadun?

Adakah kami saja-saja nak tegur kamu wahai perempuan?

Kamu tahu tak, apa yang kami rasa mengenai dunia keperempuanan zaman sekarang?

Hidup kamu seperti mudah sangat di beli. Bila kami menasihati, ramai antara kamu melenting. Syaitan apakah yang ada dalam kepala otak kamu wahai perempuan? Solat lima waktu itu masih tak cukupkah menghalaunya? Atau kamu terlalu mudah memandang kebendaan?

Kamu terlalu hipokrit. Kamu terlalu obses. Kamu terlalu fikir yang hak kamu sebagai seorang perempuan sama rata SEGALANYA dengan kaum lelaki.

Bak mai sini cerita tentang faraid, anak lelaki dapat berapa bahagian, anak perempuan dapat berapa bahagian? Asobah? 1/6? 1/3? Lelaki dua bahagian, perempuan satu bahagian.

Bak mai sini siapa yang kena jadi imam solat di depan? Kamu yang perempuan kah atau kami yang lelaki?

Imam yang bersolat di hadapan layak menegur mengenai barisan saf yang tidak tegak dan tidak teratur. Jadi, apakah seorang lelaki tidak layak menegur perempuan walhal lelaki adalah yang kamu anggap sebagai ketua?

Kamu mahu kami menegur kamu secara baik. Berhemah kononya. Tapi, adakah kamu semua boleh beri jaminan jika di tegur, kamu akan berubah? Boleh bertaubat nasuha? Berapa kali kamu solat taubat wahai perempuan? Takdenya, yang kami nampak. Kamu masih leka. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Kamu mahukan lelaki beriman, yang boleh memimpin kamu ke jalam tauhid. Baiklah, kami boleh lakukan sebegitu. Tapi, mampukah kami bertahan jika kamu terus hidup dalam keadaan menggodakan dan di godai? Dari siapa kami tergoda? Adakah dari barang dunia? Tidak! 90 peratus lelaki seperti kami tergoda kerana kamu wahai perempuan. Itu kenyataan.

Ya, kami katakan perempuan yang ramai masuk neraka. Kemudian kamu kata perempuan ramai masuk neraka sebab ikut suami. Padahal kamu tidak tahu bahawa suami yang membawa kamu masuk ke neraka itu adalah lelaki yang lemah terhadap kamu. Yang jadi balaci kamu, yang tak tahu menegur kamu bila kamu berbuat silap. Dan paling penting lelaki yang menyokong kamu apabila kamu membuka aurat kamu di hadapan mereka yang bukan mahram.

Apa kata kamu? Kami menegur sampai membuka aib?

Aib bagaimana yang kamu fikirkan itu? Adakah kamu yang membuka aib kamu sendiri atau kami yang sudah tidak tertahan dengan perangai jelik kamu yang mendedahkan aib sendiri?

Kamu kata kami membuka aib. Tak baik membuka aib, itu ini dan sebagainya. Kamu kata kami mengguris perasaan kamu. Tapi, pernahkah kamu bertanya hati kami seorang lelaki terluka dengan kesilapan-kesilapan yang banyak kamu lakukan? 

Over. Tahu tak apa itu sikap over wahai perempuan? Sikap melampau-lampau kamu itu. Sikap itu yang kami para lelaki bencikan. Over sampai menggedik. Over sampai obses. Ah, semua orang tidak sukakan sikap over bukan?

Macam mana kami hendak bercinta dengan perempuan kalau kamu sebagai perempuan tak habis-habis menceritakan hak sama rata? Pandai-pandailah kamu berhujah hak sama rata sana-sini, pandailah kamu mengatakan perempuan sekarang banyak sara lelaki, pandailah kamu mengatakan lelaki banyak tidak berguna. Tapi, pernahkah kamu bertanya apa sebab perkara itu terjadi kalau tidak bukan dari godaan dari kamu juga?

Kamu dedah, kami seksa. Kamu menangis, kami mengalah. Kamu emosi, kami tak terkata.

Tak pernahkah kamu wahai perempuan mengambil pengajaran dari peristiwa Adam dan Hawa sewaktu mereka di tendang keluar dari pintu syurga? Siapa yang tergedik sangat nak buah-buahan itu? Dan siapa yang naif sangat mengikut kehendak itu?

Dua-dua salah.

Ya, itu kata kamu. Tapi, adakah kamu hendak mendengar kata luahan si Adam?

"Kalaulah aku dapat menasihati Hawa, dan Hawa mendengar nasihat aku, pasti keturunan aku tidak tinggal di bumi yang penuh kerosakkan ini"

Namun, apa tindakan Adam? Menyalahkan sepenuhnya di bahu Hawa? Tidak! Adam pasrah dan redha dengan perancangan TUhan.

Jadi, kamu rasa kami ini sebagai lelaki berdendam kah dengan perempuan? Saja-saja kah kami sebagai lelaki menyindir dan mengutuk perbuatan kamu yang salah?

SALAH KAH?
p/s : Kadang-kadang sebagai seorang lelaki. Rasanya di telan mati anak, di luah mati bapak. Tapi, tiada seorang perempuan pun yang akan faham.






Thursday, April 14, 2011

Usah dikenang yang lama..

Assalamualaikum.....Haippp korg2......





Sedar xsedar arini dah ********* aku berpisah ngan si dia...Aku da mula lupe kan dia..Memang pada mula nya amat payah tp aku CUBA...ye la klu xcuba mana nk taw kn....so aku cuba yg termampu...akhirnya aku berjaya...

pg td saja j nk nk tgk FB dia tp TERKEJUT sbb dia da remove aku as frenzz...So mmg nmpk sgt dia da xnk kt aku...so xkan aku nk terhegeh2 kt dia plak...No nset dia pn aku da buang p still igt sbb no dia mat la senang tok igt...pic2 dia pn sume aku da buang....Mungkin 2 je cara nya tok lupakan dia....

Sekarang ni aku xingat dia sgt sbb aku da ramai kwn2 yg ada kt sisi aku time aku sunyi...Aku da happy ngan kwn2 aku....aku sedar yg selama ni aku jz dipermainkn je ngan dia...aku je yg bodoh....xmenilai sume 2.....

hurmmm tp benda da jd....xley nk wat pape....ANDAI DPT KU UNDURKAN MASA -----(aku xnk knl ngan dia)---------

aku terima qada qadar ngan redha & aku taw sume ni ada hikmah nye.......insyaallah aku akn kuat tok ari2 yg mendatang~~




p/s ::: saya syg kwn2 sy..muahhhh n thanx coz being my frenzzzzzz

Wednesday, April 13, 2011

Petua tangani bosan...


Apakah rasa bosan? Rasa bosan  timbul apabila anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.
Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.
2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.
3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.

Adakah kita berjumpa dengan orang yang salah???


Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..